Azmin Ali Calon TPM Kerajaan Baru?

Azmin Ali

 

Kekalutan mencalonkan nama untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-9 hampir meminggirkan status jawatan Timbalan Perdana Menteri dari sudut kuasa penentu kelangsungan politik parti.



Walaupun jawatan TPM tidak termaktub sebagai syarat melengkapkan sesebuah kerajaan, secara tradisi Malaysia belum lagi tidak melantik seorang TPM.

Tugas TPM ialah membantu PM dalam urusan tertentu yang melibatkan kepentingan negara dan urusan bencana selain portfolio yang diberikan dalam perjawatan.

Calon TPM

Jawatan TPM Terpaksa Diwujudkan PN Atas Faktor Politik

Bagaimanapun selepas wujud Perikatan Nasional, jawatan TPM kosong hampir 14 bulan dengan alasan diwujudkan jawatan Menteri Kanan yang berfungsi hampir sama dengan TPM.



Yang membezakannya hanya portfolio jawatan dan diasingkan lagi dengan spesifikasi kluster.

Selepas 16 Ogos 2021, tiada lagi jawatan TPM manakala kabinet dibubarkan setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil keputusan meletakkan jawatan.

Dipercayai beliau berbuat demikian bagi mengelak ‘malu besar’ bila keabsahan sokongan majoriti kepadanya ditentukan di Dewan Rakyat. 

 



Azmin Ali & Anwar Ibrahim
Foto Arkib

 

Cadangan Calon TPM Dari PPBM

Menariknya kali ini, jawatan PM dikatakan akan diisi oleh Dato Seri Ismail Sabri Yaakob dari UMNO. Manakala jawatan TPM pula bakal diserahkan kepada Azmin Ali dari PPBM bagi mengimbangi penguasaan politik satu pihak.

Rekod cemerlang Azmin sejak menjadi Menteri Besar Selangor boleh dijadikan sandaran menilai sejauh mana kemampuannya berganding bersama Ismail Sabri di Putrajaya kelak.

Bukan itu sahaja, rekod beliau semasa menjadi Menteri Ekonomi Pakatan Harapan jelas telah membawa satu jumlah besar dalam pendapatan kasar negara.

Azmin Punya Hubungan Baik Dengan Kuasa Ekonomi Dunia

Hubungan baik Azmin dengan negara ekonomi dunia juga tidak kurang hebatnya. Beberapa siri perbincangan beliau sepanjang menjawat jawatan Menteri Kanan ternyata membawa pulangan pelaburan berbilion ringgit.



 

 

Ini menunjukkan pengaruh Azmin cukup besar dalam menarik pelabur terutama dari Timur Tengah, Dunia Arab dan Jepun.



Bukan sahaja mampu membawa ekonomi yang lebih makmur untuk negara, Azmin sebagai TPM juga dijangkakan mampu menjana semula ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik.

Kekuatan politik dalam PPBM juga memainkan peranan penting untuk beliau diangkat sebagai TPM. Hubungannya yang masih baik dengan Dr Mahathir, Lim Guan Eng dan Anwar mampu menjarakkan sebarang serangan terhadap PPBM.

Rahmat Besar Buat PPBM Jika Azmin Jadi TPM

Ternyata imej Azmin menjadi ‘rahmat’ buat PPBM sekaligus memberi sinar baru kepada parti itu. Ini kualiti yang Ismail Sabri perlu lihat pada seorang TPM yang bakal berada disamping beliau.

Pastinya ahli serta penyokong PPBM merestui sekiranya Azmin diangkat menjadi TPM sekaligus menjamin kelangsungan politik PPBM dalam arus perdana.



Perikatan Apa Selepas Tubuh Kerajaan Baru?

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button