PM Mengadap Agong Di Istana Abdulaziz

Kuantan: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Istana Abdulaziz di sini, hari ini, untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ismail Sabri tiba di istana pada jam 10.53 pagi dan sempat melambai ke arah petugas media yang menunggu kehadirannya. 

Terdahulu, pesawat khas yang membawa Perdana Menter berlepas dari pangkalan Tentera Udara di Subang dan mendarat di Pangkalan Tentera Udara Kuantan pada jam 10.30 pagi.

Oleh kerana hanya ada satu pintu masuk ke istana, petugas media dan polis berkumpul di pintu masuk utama sejak jam 9 pagi.

Difahamkan, kehadiran Perdana Menteri bertujuan mempersembahkan senarai nama Jemaah Menteri yang bakal dilantik.

metro

Perikatan Apa Selepas Tubuh Kerajaan Baru?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button