Bekas PA Serius Mahu Kahwini Datuk Vida

 

Sejak akhir-akhir ini, hubungan Datuk Seri Vida (DSV) bersama bekas pembantu peribadi (PA) iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli, 27, menjadi bualan ramai orang.

Terbaru, menerusi sebuah rakaman panggilan video yang dimuat naik di Instagram Vida, Iqbal mendedahkan ciri-ciri yang ada pada usahawan terkenal itu yang membuatkan dia jatuh cinta.

Kata Iqbal, Vida, 49, mampu menurunkan ego yang ada dalam dirinya selain berkenan dengan sikap lemah lembut. Iqbal menjawab soalan Vida yang bertanya apa yang membuatkan dia akan kekal setia?



Tambah Iqbal, dia mengakui serius mahu melangkah ke fasa baharu dengan memasuki alam perkahwinan.

Dalam pada itu, Iqbal turut meluahkan rasa sebak dengan usaha Vida yang sanggup melakukan ujian kesuburan beberapa kali bagi membuktikan masih subur.

Terdahulu, Iqbal mendedahkan dia dan pemilik nama Hasmiza Othman hampir berkahwin pada tahun 2018 namun tidak kesampaian atas sebab-sebab tertentu.



oh bulan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button