Lelaki henti ikuti Elizabeth Tan, warga maya minta jangan ‘rampas’ hak peribadi penyanyi itu

KUALA LUMPUR, 24 April — Tindakan lelaki yang berikrar untuk tidak mengikuti perkembangan penyanyi Elizabeth Tan atau Lizzy sepanjang bulan Ramadan mengundang pelbagai reaksi orang ramai di media sosial.

Memuat naik komen di Instagram, lelaki berkenaan berkata, semalam merupakan hari terakhir untuk dirinya menatap foto dan video penyanyi itu dipercayai kerana mahu memberi tumpuan pada ibadah.

“Hari ini akhir saya tengok Lizzy. Esok sudah tidak boleh tengok lagi,” kata lelaki itu.

Semalam, Lizzy dilihat memuat naik sebuah video di Instagram menunjukkan dirinya sedang membuang sampah sambil berjalan seperti model pentas.



Kebanyakan individu tampil memberi komen kepada penyanyi itu agar tidak berpakaian seksi pada bulan Ramadan bagi menghormati pengikutnya beragama Islam.

Bagaimanapun, ada yang tidak bersetuju dengan saranan itu memandangkan Lizzy bukan beragama Islam dan berhak memilih cara berpakaian.

Koronavyrus19: “Elizabeth Tan bukan Islam.”

Novice Climber: “Tak apa Lizzy, hak you (anda) nak pakai apa. Saya boleh unfollow sekejap”.



Setakat ini, video dimuat naik Lizzy ditonton lebih 406,000 kali selain menerima sekurang-kurangnya 1,800 komen.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button