90% Kes Positif Tiada Sejarah Vaksinasi – Hisham
Lebih 90 peratus daripada keseluruhan 1.88 juta kes positif COVID-19 yang direkodkan seluruh negara adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian terbaharu di Twitter beliau.
“Daripada keseluruhan 1,880,734 kes positif, 1,721,274 kes atau 91.5 peratus adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah atau tidak lengkap divaksin.
“Daripada jumlah itu, 1.44 juta kes atau 76.7 peratus merupakan mereka yang tiada sejarah vaksinasi manakala 280,069 kes atau 14.9 peratus terdiri adalah mereka yang tidak lengkap divaksinasi,” katanya.
awani
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.