Vaksinasi covid19 untuk remaja bermula

foto hiasan

Malaysia memasuki fasa baharu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) hari ini dengan program vaksinasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini.

Program khusus untuk pelajar sekolah itu menyasarkan 80 peratus mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.

Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A) menjangkakan seramai 3.2 juta kanak-kanak memperoleh perlindungan vaksin dalam masa tiga bulan program berlangsung.

Keutamaan akan diberikan kepada 1.1 juta remaja berumur 16 dan 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan awam serta remaja dengan komorbid.



 

 

Program turut menyasarkan murid di sektor pendidikan swasta, remaja dalam institusi perlindungan dan pemulihan serta remaja dalam komuniti seperti gelandangan, pelarian dan bukan warganegara.



Mereka akan menerima vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech yang telah mendapat kelulusan berstatus pendaftaran bersyarat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), sementara Sinovac sedang menunggu kelulusan.

Dua jenis vaksin itu didapati sesuai untuk diberikan pada golongan kanak-kanak berikutan data mengenai kesan sampingan yang rendah.

Antara lain program vaksin remaja akan dilakukan secara jangkau luar ke sekolah atau institusi secara berjadual.

Manakala remaja dengan komorbid perlu mendapatkan vaksinasi di hospital atau klinik kesihatan yang merawat mereka.



Kementerian Kesihatan (KKM) turut membangunkan portal Vaksin-Anak-Ku bagi memudahkan pendaftaran remaja sekolah dan institusi.

awani

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button