Jatuh dari tingkat 29, warga emas maut

 

Seorang warga emas maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan di Blok F, Plot 29, Atarzia Park Forest City di sini pada Isnin.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamt (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II Ishak Noh berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada jam 2.58 pagi sebelum sembilan anggota bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi.



Beliau memberitahu, mangsa, Samsiyah Yakob, 66, jatuh dari bangunan tingkat 29 dan tersangkut di balkoni tingkat 16.

“Mangsa merupakan warga Indonesia yang mendapat status Pemastautin Tetap tinggal dan bersama-sama anak angkat berumur 13 tahun di rumah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 4.55 pagi.

sinar




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading