Pasangan berasmara sampai terbalik kereta
Sepasang kekasih terpaksa diselamatkan oleh pejalan kaki selepas kenderaan mereka terbalik ketika melakukan hubungan intim.
Lelaki yang dikenal pasti sebagai Brad Sadler, 18, berkata, dia dan kekasihnya meletakkan kenderaan berdekatan restoran makanan segera, lapor The Sun.
Kenderaan jenis Toyota Yaris itu kemudian dibiarkan dalam keadaan lampu menyala dengan memasang muzik di dalam kereta itu.
Selepas itu, Sadler dan pasangannya melompat ke kerusi bahagian belakang dan berasmara tanpa menyedari brek tangan kereta itu sudah rosak.
Disebabkan itu, kenderaan tersebut tiba-tiba meluncur turun ke tepi bukit sebelum terbalik.
Sadler berkata, dia dan kekasihnya terperangkap selama 15 minit sebelum dua pejalan kaki melalui kawasan itu.
Remaja itu terpaksa menghabiskan masa selama 10 minit untuk mencari pakaiannya semula.
Polis Derbyshire menjelaskan mangsa tidak mengalami kecederaan dan kejadian yang sangat melucukan itu kali pertama berlaku di kawasan tersebut.