Pegawai, anggota polis antara 14 ditahan dalam pesta liar

Pegawai, anggota polis antara 14 ditahan dalam pesta liar

Pegawai, anggota polis antara 14 ditahan dalam pesta liar

KUCHING: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan anggota berpangkat Koperal, adalah di antara 14 individu ditahan dalam serbuan terhadap parti liar di sebuah apartmen dekat Jalan Batu Kawa di sini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, berkata turut ditahan dalam serbuan itu seorang penolong pegawai kesihatan dan pelajar perempuan tingkatan empat.



Katanya, serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak kira-kira jam 10 pagi, Rabu lalu.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada sembilan orang lelaki dan lima orang wanita. Pasukan operasi turut merampas 14.57 gram ketamin, 14 biji pil ekstasi dan lima biji pil eramin dalam serbuan itu.

“Saringan awal kencing dapati kesemua suspek positif Methaphetamine dan Amphetamine. Mereka kini ditahan reman di lokap Siburan dan lokap Beratok, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan sehingga esok,” katanya di sini, hari ini.

Aidi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Sekysen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.



Pegawai, anggota polis antara 14 ditahan dalam pesta liar


Disyorkan Untuk Anda :


Melaka rindukan BN, gelagat rakyat dengan Najib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button