JDT belasah Kelantan

JDT belasah Kelantan
Pemain JDT, Leandro Velazquez (tengah) diasak oleh pemain Kelantan ketika aksi Piala Malaysia di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu. – FOTO STR/NIK ABDULLAH NIK OMAR

JDT belasah Kelantan

KOTA BHARU: Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke suku akhir Piala Malaysia dengan penuh bergaya dengan mengekalkan rekod kemenangan bersih selepas membelasah Kelantan 4-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, sebentar tadi.

Turun tanpa beberapa tonggak utama, skuad Harimau Selatan yang juga juara bertahan Piala Malaysia terpaksa menunggu hingga minit ke-48 untuk membuka tirai jaringan menerusi rembatan dari luar kotak penalti, Syafiq Ahmad.

Leandro Velazquez meledak gol kedua skuad kendalian Benjamin Mora apabila menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-60 sebelum Guilherme De Paula menambah gol ketiga hanya seminit kemudian.



Bekas kapten Perak, Shahrul Saad melengkapkan kemenangan JDT apabila menanduk masuk bola sepakan penjuru Safawi Rasid pada masa kecederaan.

Kemenangan itu menyaksikan JDT mengumpul 18 mata maksimum, manakala Kelantan yang tidak memenangi sebarang perlawanan dalam Kumpulan D hanya menghimpun dua mata.

Selaku juara kumpulan, Harimau Selatan akan menentang naib juara Kumpulan C, Kedah Darul Aman di peringkat suku akhir.

JDT belasah Kelantan


Disyorkan Untuk Anda :




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button