HELIZA BELUM FIKIR KAHWIN MESKIPUN SUDAH 35 TAHUN
HELIZA BELUM FIKIR KAHWIN MESKIPUN SUDAH 35 TAHUN – SIBUK DENGAN AKTIVITI KEMANUSIAAN
“Sejujurnya saya tidak pernah terfikir mengenai soal rumah tangga dan sebagainya, mungkin kerana jadual harian padat dengan pelbagai aktiviti kemanusiaan. Jadi, tidak terfikir langsung mengenainya.
“Tipulah jika tiada yang bertanya, cuma saya bersyukur kerana ibu bapa juga tidak memberikan tekanan mengenai soal kahwin. Apabila tiba masanya kelak, pasti akan berlaku jua.
“Tidak timbul soal dikongkong atau minat untuk berbakti ini disekat, saya berharap orang yang tepat itu nanti pasti akan memberikan sokongan moral.
“Bukan dari aspek untuk turut serta, namun sokongan dan kata-kata semangat. Adakah individu itu nanti berkongsi minat yang sama atau jatuh cinta ketika sedang melakukan misi kemanusiaan itu nanti?
“Saya tidak ada jawapannya kerana ketika misi itu fokus hanyalah membantu mereka yang memerlukan,” itulah kata penyanyi Heliza Helmi yang mengakui dirinya tidak rasa tertekan apabila belum lagi mendirikan rumah tangga, meskipun usianya kini sudah pun menjengah 35 tahun.
Menurut Heliza, keutamaannya kini adalah pada keluarga dan misi kemanusiannya, sehingga mambuatkannya tidak pernah terfikir mengenai soal untuk berumah tangga.
Kata Heliza lagi, dia berharap agar seseorang yang tepat itu akan memberikannya sokongan moral serta kata-kata semangat kepadanya untuk terus berbakti dalam melakukan misi kemanusiaan.
HELIZA BELUM FIKIR KAHWIN MESKIPUN SUDAH 35 TAHUN – SIBUK DENGAN AKTIVITI KEMANUSIAAN
Disyorkan Untuk Anda :
- PRN MELAKA: RATU BADAK KETUA CYTRO PH KAKI AUTA TANPA FAKTA
- PRN MELAKA: AHLI PAS AKAN BUAT KEJUTAN DALAM PRN MELAKA
- Senarai berani dan progresif PRN Melaka – Najib Razak
- Rasional ‘muka baru’ PRN Melaka – Najib Razak