PRN Melaka: telah dipersetujui guna logo masing-masing

Umno telah lama menghulur tangan kepada PAS dengan perjanjian menggunakan logo masing-masing dalam pilihanraya dan tiada tekanan dikenakan untuk kerjasama UMNO-PAS.

Bagaimanapun menurut Mohamad Hasan, PAS yang enggan menerima ‘tangan yang dihulurkan’ sebaliknya mereka memilih untuk bersama PPBM dalam Perikatan Nasional.



Timbalan Presiden Umno itu juga mengingatkan, kerjasama UMNO – PPBM tidak dipersetujui ahli Umno dan pendirian telah ditetapkan dalam PAU2020.

Jadi tidak timbul isu Umno tamak kuasa sebagaimana didakwa sesetengah pihak.

Mohamad menyatakan lagi beliau sendiri tidak mempunyai kuasa mengubah keputusan akar umbi Umno melainkan satu mesyuarat agung khas dijalankan bagi mengubah keputusan PAU 2020.



Semua orang nak ‘bunuh’ kita – Mohamad Hasan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button