Kes Zeti – SPRM masih dalam zon ‘sejuk beku’?
Isu penglibatan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Akhtar Aziz yang didedahkan Tommy Thomas masih berada dalam zon ‘sejuk beku’.
Sehingga hari ini pihak SPRM masih berdiam diri dan tidak ada sebarang kenyataan dikeluarkan secara rasmi mengenai hal tersebut.
Mereka yang dahulunya cukup lantang membela Zeti sudah mula mengendurkan nada pembelaan. Mengapa? Adakah mereka ini juga sebahagian daripada yang terlibat dalam isu tersebut?
Meneliti kepada penafian-penafian Zeti sebelum ini agak kntra dengan apa yang didedahkan. Siapa sebenarnya yang membantu membuat skrip rekaan yang digunapakai Zeti?
Pengakuan Tawfiq Ayman dalam perakuan berkanun juga menimbulkan pertanyaan, sebenarnya berapakah jumlah sebenar yang beliau terima dari Singapura?
Siapakah lagi selain Tawfiq yang turut menerima laba dari urusan yang tersembunyi itu. Nama Mohammad Nor Yakcop turut dikaitkan dengan isu Zeti namun sejauh mana kesahihannya belum diketahui.
Masih mahu menyelamatkan Zeti untuk menutup kisah sebenar 1MDB dan SRC? Siapa?
SPRM wajar bertindak segera untuk memulihkan imej beliau di mata rakyat agar tidak ada persepsi buruk terhadap agensi tersebut.
“National Embarrassment” – SPRM perlu telus isu Zeti