Rasputin sami sesat dibunuh

 

Hari ini 31 Disember, 105 tahun yang lalu, sami sesat, Rasputin, dibunuh.

Nama asalnya Grigory Yefimovich Novykh, seorang petani kelahiran Pokrovskoye (22 Januari 1869) yang berkelana ke kuil-kuil suci Orthodoks serata Rusia & membina reputasi sebagai orang suci penyembuh batin bernama Rasputin.

Dengan karismanya, Rasputin mendapat perhatian para sami besar, bangsawan & kerabat diraja yang membawanya kepada Tsar Nicholas II & isterinya Alexandra, yang terdesak mencari orang yang dapat menyembuhkan anak mereka, Alexei daripada haemofilia.

Pasangan maharaja itu percaya dengan kuasa menyembuh Rasputin, lantas menjadikannya individu penting buat keluarga Romanov. Namun pengaruhnya di istana melampaui sehingga urusan pentadbiran negara, membuatkan keberadaan Rasputin tidak disenangi.

Rasputin menjadi terlalu berkuasa kerana keakrabannya dengan Nicholas & Alexandra, sesiapa yang menentangnya akan disingkirkan dari pentadbiran. Keberadaannya memburukkan lagi kestabilan Empayar itu yang semakin melemah di bawah pentadbiran Nicholas.

Lantas sekumpulan bangsawan dikepalai Putera Felix Yusupov mengatur plot untuk membunuh Rasputin. Diceritakan, selepas tengah malam 29 Disember 1916, Yusupov menjemput Rasputin ke rumahnya dengan isteri Yusupov, Irina sebagai umpan.

Sambil menunggu Irina, Rasputin dijamukan dengan makanan & wain yang didakwa dicampur racun sianida.

Apabila dia masih tidak tumbang selepas menikmati hidangan, Yusupov melepaskan 3 das tembakan kepada Rasputin, satu daripadanya tepat di dahi pada jarak dekat.

Mayatnya dibungkus dengan kain/karpet lalu dihumban ke Sungai Malaya Nevka.



Rasputin dikebumikan esok harinya di sebuah gereja kecil di Tsarskoye Selo dalam majlis yang hanya dihadiri keluarga Romanov & orang terdekat. Selepas Tsar turun takhta pada Mac 1917, kuburnya dibongkar & mayatnya dibakar.

Sumber: Britannica, History Extra, Smithsonian Magazine

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button