Janggut aku pula disuruh ‘rebonding’ – Sharnaaz Ahmad

 

Kerana seorang, habis semua lelaki berjanggut terkena tempias. Begitulah situasi yang dilalui aktor popular, Sharnaaz Ahmad apabila terdapat segelintir individu yang memintanya meluruskan (rebonding) janggutnya.

Difahamkan, perkara tersebut tercetus gara-gara seorang ahli perniagaan yang baru mendirikan rumah tangga bersama seorang selebriti semalam.

“Disebabkan orang lain, janggut aku pula yang disuruh rebonding.

“Hey! Sama tapi sangat berbeza,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory.

Dalam perkongsian lain, pelakon drama tersebut turut memuat naik foto dia telah memotong dan merapikan janggut serta jambangnya.

“Okey aku dah kemaskan jambang supaya tiada kekeliruan,” tulisnya.

– K! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading