Aaron Aziz Dedah Hidap Tumor, Doktor Saran Perlu Jalani Pembedahan

Perkongsian pelakon Aaron Aziz mengejutkan ramai apabila mendedahkan dia kini menghidap penyakit tumor yang semakin membesar.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Aaron memaklumkan dia perlu menjalani pembedahan dan berehat selama dua bulan namun terpaksa menunda kerana komitmen kerja.

Dalam entri tersebut, Aaron turut memuat naik gambarnya dimasukkan ke dalam mesin MRI serta memaklumkan tumornya itu semakin membesar.



“90 minit berada dalam benda ni (MRI), doktor kata saya perlukan pembedahan dan cuti sakit selama dua bulan, tapi tak boleh sebab banyak projek yang sedang berjalan sekarang ni.

“Jadi buat masa ni saya hanya guna ubat untuk hilangkan sakit. Bekerja dalam kesakitan, hanya Allah tahu apa yang saya rasa,” katanya.

Perkongsian Aaron itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar pelakon itu diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan.



Terdahulu, Aaron pernah mendedahkan bahawa dia mengalami masalah dibahagian saraf sejak lapan tahun lalu hingga terpaksa keluar masuk hospital.

 

Rotikaya



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button