Idris Jusoh banyak bantu peneroka Felda – Wan Rosdy

 

Menteri Besar Pahang, Dato Sri Utama Hj Wan Rosdy Wan Ismail memuji usaha Dato Seri Idris Jusoh atas usaha beliau teruatama dalam membantu dalam penghapusan hutang peneroka Felda.



Idris Jusoh juga adalah individu yang terus membantu untuk menyelesaikan isu PGBF di Felda menurut Wan Rosdy.

“untuk selesaikan (masalah Felda) sekaligus tidak mungkin dan Idris Jusoh telah berhempas pulas membantu masyarakat Felda dalam usaha menghapuskan hutang peneroka, saya boleh katakan disini penyelsaian isu Felda adalah atas daya usaha Dato Seri Idris Jusoh dan bukan orang lain”

Beliau berkata demikian semasa ditemui di majlis santai calon Dun Pemanis, Anuar Manap bersama masyarakat Felda Pemanis 2 malam tadi.



Wan Rosdy juga mahu pengundi Johor agar memilih BN pada PRN Johor bagi memastikan pentadbiran kerajaan tidak ada gangguan dari mana-mana pihak lain demi kelestarian rakyat Johor.

Beliau memberi contoh pentadbiran Pahang yang cukup efisien memandangkan tidak ada ugutan atau gangguan dalam pentadbiran kerajaan kerana kerajaan tersebut stabil dan mampu memberi keyakinan terhadap pelabur asing.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button