Zul Ariffin akan disiasat – Annuar Musa

PUTRAJAYA – Gara-gara memuat naik kandungan jelik di media sosial, pelakon terkenal, Zul Ariffin bakal disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKM) 1998.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Tan Sri Annuar Musa berkata, proses undang-undang berhubung perkara itu sedang berjalan.

“Zul Ariffin akan disiasat kerana hantaran YouTube yang menyalahi undang-undang,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Selasa.



Tegasnya, adegan seperti yang dipaparkan itu tidak akan dibenarkan untuk tayangan.

“Sama ada bulan Ramadan atau bulan lain, jagalah nilai dan budaya,” katanya.

Zul Ariffin, 36, atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin menimbulkan kontroversi apabila berkongsi babak sensual yang berganding dengan heroin drama, Siti Hariesa di Instagram baru-baru ini.



Rakaman ‘teaser’ itu mengundang kecaman warga maya sehingga beliau memadam kandungan tersebut selain tampil memohon maaf atas tindakannya itu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button