Jadi bapa & ibu, netizen sebak tengok Shuib hantar anak ke sekolah

Selepas pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada Ogos lalu, Shuib Sepahtu kini memegang tanggungjawab sebagai bapa dan juga ibu buat keempat-empat anaknya.

Pagi tadi perkongsian Shuib menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan video menghantar anak-anaknya ke sekolah pada hari pertama.

Menerusi video itu, Shuib menghantar anak perempuannya Dzahira Talita Zahra dan anak ketiganya, Ariq Matin. Shuib sempat memeluk anak-anaknya sebelum mereka masuk ke kelas.



Turut menarik perhatian kapsyen yang ditulis oleh Shuib pada perkongsian video itu yang membuatkan netizen tersentuh.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak serta mendoakan agar urusan Shuib dipermudahkan serta sentiasa kuat demi anak-anaknya.

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar anak-anak Shuib dan arwah Sarah menjadi pelajar cemerlang dan akan berbakti kepada bapa mereka.

 



 

Rotikaya



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button