Shuib tidak galak anak jadi artis

 

Melihat telatah anak-anak Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, pasti ramai yang berpendapat bahawa mereka mempunyai daya tarikan dan kepetahan tersendiri.

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?



Anak-anak Shuib dan Sarah iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin begitu petah berbicara, terutama apabila telatah mereka dirakam dan dimuat naik di media sosial.

Sungguhpun begitu, jauh di sudut hati Shuib, dia tidak mahu melihat anak-anaknya itu masuk ke bidang seni dan juga industri hiburan untuk bergelar artis.

Walaupun bidang tersebut dekat dengan dirinya dan juga arwah isteri, namun Shuib memilih untuk tidak mendorong anak-anaknya ke arah seni, sungguhpun mereka telah menunjukkan kecenderungan dalam bidang nyanyian dan komedi.

“Saya sebenarnya dari dulu tak minat benarkan anak-anak saya shooting, nyanyi ke. Maksud saya artis… saya tak cenderung untuk itu.

“Tapi Talita dia ada cakap dia nak menyanyi. Saya fikir kalau dia nak menyanyi, saya rasa dia menyanyi untuk saya jelah kot. Untuk family.

“Matin ada bakat berlakon, melawak. Tapi sama juga saya rasa saya tak cenderung untuk mereka jadi artis kot,” ujar Shuib lagi.



Shuib juga memiliki seorang lagi cahaya mata bogsu bernama Ayash Affan.

Shuib memulakan kerjaya selepas menyertai program Raja Lawak musim ketiga bersama bekas kumpulannya, Sepah.

Gempak



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button