Puteri Sarah kesal Ira Kaza tak henti mengganggunya
Kuala Lumpur: “Di bulan baik ini saya doakan kalian berdua, Ira Kaza dan suami (Syamsul Yusof) saya diberikan hidayah.”
Demikian kata pelakon Puteri Sarah Liyana yang gagal menyembunyikan perasaan kesal apabila sering diganggu individu terbabit tetapi bersembunyi di sebalik puluhan akaun media sosial palsu.
“Dari dulu sampai sekarang saya diganggu dengan akaun palsu. Diganggu komen-komen yang menyakitkan hati tapi saya sabar.
“Anda kacau mental saya dari 2019 lagi.
Sampai kami (Puteri dan Syamsul) dah tak tinggal sebumbung, tak puas hati lagi ke? Bila kami berbaik, anda ugut suami saya pula.
“Hari ini saya tengah sibuk dengan anak-anak, tiba-tiba saya terima berita yang menyakitkan. Selama ini, apa anda buat, anda ganggu saya, saya diamkan saja sebab nak jaga nama baik keluarga.
“Tapi kali ini rasanya anda sudah lebih sangat. Siap cakap fasal anak-anak saya. Anda hanya orang luar tak perlu masuk campur. Apa yang berlaku sekarang anda dan orang luar cuma tahu luaran sahaja,” katanya dalam satu hantaran di Instagram Story.
Menurut Puteri Sarah, dia ingin berpesan kepada Ira Kaza yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar itu untuk berhenti mengganggunya.
“Kali ini cukuplah anda ganggu saya lagi bila saya nak pergi umrah. Empat tahun saya menanggung.
“Berhati- hati doa orang yang teraniaya itu Allah akan makbulkan lagi-lagi di bulan puasa ini,” katanya.
Dalam hantaran berbeza, Puteri turut mempertikaikan tindakan Ira Kaza yang dikatakan tidak putus asa mengganggu suami orang.
“Tak silap saya, anda dah ada teman lelaki kan Ira Kaza? Semuanya tak kekal. Malah baru-baru ini pun anda ada teman lelaki kan? Mana pergi semua teman lelaki anda?
“Kenapa nak kena kejar suami orang lagi?
“Memang tiada maruah ke hadap suami orang? Sebab nak harta dia? Sila jadi matang dan bekerja. Saya sendiri pun kerja cari duit sendiri.
“Jangan ambil jalan mudah, minta duit dekat suami orang. Selama empat tahu saya diam, membisu tapi makin lama anda pijak kepala saya,” katanya.
Sebelum ini , kisah rumah tangga pasangan selebriti itu didakwa sedang dilanda masalah sehinga mendapat perhatian netizen.
Sarah juga mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul dan dia mendakwa suaminya itu tahu kenapa dia ‘dingin’.
Syamsul juga mengaku mereka sudah tidak tinggal sebumbung tetapi tidak bermaksud mahu bercerai.
Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.
METRO