Doktor Estetik Kongsi 4 Tips Kekal Awet Muda

Sudah menjadi lumrah untuk wanita suka akan kecantikan. Jadi, semestinya setiap wanita mengimpikan kulit wajah yang berseri dan sentiasa kelihatan cantik biarpun usia semakin meningkat. Mana tidaknya, bila seseorang itu kelihatan cantik dan kekal awet muda, ia semestinya akan menaikkan keyakinan diri mereka.

Biarpun kini terdapat pelbagai produk kosmetik yang mampu mempertingkatkan lagi struktur muka seseorang itu, namun kecantikan semulajadi semestinya tidak dapat ditandingi. Seorang doktor estetik muka telah berkongsi di TikToknya @dyananyse berkenaan dengan tips untuk mengekalkan wajah yang awet muda.

JANGAN BUAT BENDA INI KALAU NAK KEKAL AWET MUDA

Solekan yang tebal mampu mempercepatkan lagi proses penuaan dan membuatkan wajah anda kelihatan lebih matang. Bukan itu sahaja, kandungan bahan kimia di dalamnya juga boleh menghilangkan keserian wajah yang semulajadi



Mengikut tips doktor Diana di dalam videonya, beliau berkongsi 4 pantang larang yang boleh dielakkan oleh kita supaya kekal awet muda. Antaranya adalah:

1. Jangan mengikat rambut terlalu kuat. Hal ini kerana dapat membuat rambut cepat botak depan (Traction Alpocecia)

2. Jangan gosok mata. Dengan menggosok mata, garis halus dan kegelapan bawah mata akan lebih nampak.Penuaan akan paling jelas nampak apabila mata mula kedut.

3. Jangan ternak kuman di sarung bantal, berus solek dan tuala wajah. Cara ternak kuman adalah dengan tidak membersihkannya, jadi rajin-rajinlah bersihkan benda yang kita guna.



4. Berlama-lama apabila mandi air panas kerana ia mampu membuat kulit menjadi kering dan rosak

 

 

@dyananyse Ok I locked lagu ni.😆#skintok#skintips ♬ Pamela – Bots🇵🇭



 

Jadi untuk wanita di luar sana, anda boleh mula menggunakan hyaluronic acid kerana ianya berkeupayaan untuk memegang kelembapan sebanyak 1000 kali beratnya sendiri. Kulit yang lembap akan menjadikan lebih anjal dan cerah. Doktor tersebut juga menyarankan menggunkan vitamin c dan retinoid untuk meningkatkan kolagen.

Mengambil kolagen telah terbukti membantu memberikan struktur dan keanjalan terhadap kulit dan menghasilkan kesan “glowing” yang menjadi kegilaan dunia kecantikan sekarang.

siraplimau



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button