Wanita disumbat dalam beg pakaian ditikam 60 kali

New York: Ibu dua anak yang mayatnya ditemukan di dalam beg pakaian di sebuah taman di Queens pada Sabtu lalu, dipercayai ditikam hampir 60 kali, menurut sumber polis.

Orsolya Gaal, 51, dibunuh di ruang bawah tanah rumahnya oleh penyerang tidak dikenali, lapor The Independent.

Mayatnya diheret sejauh 800 meter dan dibuang berhampiran laluan pejalan kaki di Metropolitan Avenue, pada awal pagi Sabtu.



Sumber yang biasa dengan maklumat bedah siasat memberitahu New York Post bahawa Gaal mengalami hampir 60 luka dengan kesan pisau di leher, badan, lengan kiri, jari dan tangan.

Dia mengalami luka tusukan pada arteri karotid dan trakeanya, lapor Post.

Mayatnya ditemukan oleh seorang lelaki berjalan dengan anjingnya, selepas jam 8 pagi, pada Sabtu lalu.

Polis mengikuti kesan darah dari beg itu dan ia membawa mereka kira-kira 800 meter ke komuniti berpagar di Forest Hills.



Anak lelakinya, Leo yang berusia 13 tahun kemudian ditemukan bersendirian di rumah.

Polis menyoal siasat kanak-kanak itu sebelum dia dibebaskan.

Suami Gaal, Howard Klein dan anak sulung Jamie, 17, pula dilaporkan terbang pulang ke New York dari Portland selepas menerima berita tragis itu.

METRO



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button