Ronaldo pulang ke rumah selepas trauma
LONDON: Cristiano Ronaldo gembira “pulang ke rumah” bersama keluarga tersayang beberapa hari selepas trauma kematian bayinya yang baharu lahir.
Pasangannya Georgina Rodriguez, 28, dan kembar bayi lelaki yang meninggal dunia itu kembali ke rumah tiga hari selepas keluarga berkenaan mengumumkan berita sedih itu.
Menerusi Instagram, pemain Manchester United berusia 37 tahun itu berterima kasih kepada peminat atas sokongan mereka sambil menambah: “Kini masanya untuk bersyukur atas kehidupan yang baharu kami terima di dunia ini.”
Gambar berkenaan menunjukkan Ronaldo memangku bayi perempuan yang baharu lahir itu sambil memegang anak perempuannya, Alana Martina.
Isnin lalu, pasangan berkenaan dikurniakan kembar lelaki dan perempuan namun Ronaldo memuatnaik di laman sosial bahawa anak lelakinya itu meninggal dunia.
Namun malam semalam Ronaldo berkata: “Selamat pulang ke rumah. Gio dan bayi perempuan kami akhirnya kembali bersama kami.
“Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi kata-kata semangat.”
AGENSI