Piala Thomas: Malaysia ‘smash’ England

KUALA LUMPUR: Seperti diramal, Malaysia melakar kemenangan pertama saingan Piala Thomas selepas menundukkan England 5-0 dalam aksi sulung Kumpulan D di Bangkok, Thailand, sebentar tadi.

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menyumbang mata pertama selepas mudah menewaskan Toby Penty 21-10, 21-15 sebelum beregu utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melebarkan kedudukan menerusi kemenangan ke atas Ben Lane-Sean Vendy 19-21, 21-15, 21-16.



Ng Tze Yong yang diturunkan sebagai perseorangan kedua memastikan kemenangan awal skuad negara hasil kemenangan ke atas Johnnie Torjussen 21-16, 19-21, 21-11 sebelum beregu kedua, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei menewaskan gandingan Rory Easton-Zach Russ 21-13, 21-9.

Juara remaja Asia 2017, Leong Jun Hao memastikan kemenangan mutlak skuad negara dengan meraih mata kelima selepas mengatasi Cholan Kayan 21-11, 21-18.

Skuad lelaki negara akan bertemu Amerika Syarikat esok sebelum berdepan Jepun dalam aksi terakhir kumpulan Rabu ini.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading