Klopp jawab dakwaan Guardiola

LIVERPOOL: Pengendali Liverpool Jurgen Klopp berkata dia masih percaya The Reds mampu memintas Manchester City untuk gelaran Liga Perdana Inggeris dan harapan merangkul empat kejuaraan masih ada.

City melebarkan jurang di puncak liga kepada tiga mata dan menambah perbezaan jaringan kepada empat gol berbanding Liverpool selepas membelasah Newcastle 5-0 Ahad lalu.

The Reds pula mensia-siakan peluang untuk terus mengekori rapat City apabila diikat 1-1 oleh Tottenham Hotspur.



Bagaimanapun Klopp menolak cadangan yang dia perlu menyimpan tenaga pemain-pemainya bagi menghadapi Chelsea pada final Piala FA Sabtu ini dan final Liga Juara-Juara Eropah menentang Real Madrid pada 28 Mei.

“Sehingga ia tidak boleh dikejar lagi, kenapa kami perlu berhenti percaya? Itu apa yang kami lakukan. Memang jelas ia belum berakhir, kerana kami masih mempunyai tiga perlawanan berbaki.

“Tumpuan utama saya ialah bagaimana kami mahu memenangi perlawanan kami. Ada masa kita akan dikecewakan tetapi perlu bangkit daripada situasi itu,” kata Klopp.

Pengendali City Pep Guardiola mendakwa seluruh England mahukan Liverpool memenangi gelaran itu, namun Klopp berkata: “Saya tidak tahu seluruh negara menyokong kami.



“Saya tidak rasa begitu apabila bertandang ke laman lawan, ia adalah sebaliknya, tetapi dia mungkin lebih tahu daripada saya.”

AFP


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading