Philippe Coutinho milik Villa £17 juta

London: Aston Villa melengkapkan pembelian perancang utama Barcelona Philippe Coutinho semalam dalam perjanjian bersama kelab La Liga itu yang bernilai £17 juta (RM91.17 juta)

Pemain Brazil itu mempamerkan aksi mengagumkan sejak tiba Villa sebagai pinjaman pada Januari lalu selepas bergelut untuk memberikan impak di Barcelona.

Barca turut mengesahkan perpindahan itu termasuk klausa penjualan 50 peratus jika Coutinho meninggalkan Villa.



Bekas bintang Liverpool yang sudah menjaringkan empat gol dan membantu tiga gol untuk Villa, bersetuju mengikat kontrak sehingga 2026.

“Ia adalah pembelian yang bijak untuk Aston Villa,” kata bos Villa Steven Gerrard.

“Phil seorang pemain profesional dan impaknya terhadap pasukan sangat jelas sejak dia menyertai pasukan ini pada Januari.

“Dengan cara dia mengawal diri di dalam dan luar padang, dia adalah sebagai contoh yang bernilai untuk pemain muda kami yang boleh mendapat manfaat daripada pengalamannya.



“Ketika kami berusaha untuk membentuk pasukan musim depan, adalah menjadi satu tugas yang luar biasa di kelab yang menjalankan perniagaan dengan begitu tegas dan lancar.”

Coutinho menyertai Barcelona dari Liverpool pada 2018 dengan nilai perpindahan £146 juta (RM782.93 juta).

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button