Ayah terlantar sakit, mak minta kahwin lain

Tak dinafikan, setiap individu yang bergelar anak pasti mengimpikan keluarga yang bahagia dan harmoni bersama ibu bapa tercinta di sisi. Tetapi tidak semua orang dikurniakan rezeki dan peluang mengecapi kebahagiaan tersebut. Ada di antara mereka diuji dengan keluarga yang berpecah belah dan sebagainya.

Baru-baru ini, viral satu video menyayat hati memaparkan kehidupan sebuah keluarga ini selepas bapa tercinta terlantar sakit.

Seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Sehen Ki Agoeng ada berkongsi satu video di mana seorang lelaki warga emas sedang terlantar sakit di rumahnya. Lebih meruntun hati apabila mengetahui si isteri dipercayai langsung tidak mengambil berat tentang kesihatan si suami sebaliknya sibuk bermadu kasih dengan lelaki lain.



Menurut sumber, warga emas tersebut meminta anak lelakinya untuk menghubungi isterinya supaya pulang ke rumah. Setelah dipujuk, wanita itu akhirnya berjanji akan datang menjenguk si suami. Namun siapa sangka, wanita tersebut dikatakan pulang ke rumah bersama seorang lelaki yang dipercayai merupakan kekasihnya.

Ayah tengah nazak, Anak minta ibu kandung pulang ke rumah sebab wanita itu dah keluar dari rumah dan tinggal dengan teman lelakinya.

Lelaki itu kemudian memberitahu bahawa dia sudah ikhlas dan redha sekiranya si isteri mahu meninggalkannya. Sementara si anak yang berada di sebelahnya meminta supaya si bapa tidak lagi memikirkan masalah dengan si ibu sebaliknya terus kuat dan kembali sihat.



Lebih mengejutkan, wanita itu tergamak memaklumkan kepada si suami bahawa dia akan bernikah dengan kekasihnya di saat lelaki itu sedang nazak. Wanita itu kemudian meninggalkan rumah tersebut bersama kekasihnya. Tak dapat digambarkan betapa remuknya hati si suami melihat perlakuan si isteri. Dalam keadaan yang sayu itu, anak lelaki pasangan ini hanya tertunduk dan menangis saat melihat keretakan rumah tangga kedua orang tuanya.

Video yang dikongsikan telah mendapat hampir 2 juta tontonan dan insiden tersebut dipercayai berlaku di Indonesia. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan serta sumbernya.

 

 



@yossehen Ayah sekarat ibu selingkuh #fyp ♬ Astaghfirullah Robbal Baroya – SHOLAWAT MUSIC PRO

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button