Tunku Ismail, Che’ Puan Besar Khaleeda berkenan santuni Bella di Legoland

Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menyantuni kanak-kanak istimewa termasuk seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella di taman tema Legoland Malaysia Resort, Iskandar Puteri, semalam.

Berangkat sama isteri baginda Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.



Menerusi satu hantaran di Facebook, Tunku Ismail mengharapkan kanak-kanak itu menikmati masa mereka sepanjang berada di taman tema berkenaan.

“Semoga ini dapat memberi sedikit keceriaan dan kegembiraan kepada mereka.

“Amat penting untuk golongan ini diberi perlindungan sewajarnya dan mereka juga berhak untuk menjalani kehidupan biasa seperti insan lain,” titah baginda.

Kes Bella meraih perhatian masyarakat sejak tular menerusi media sosial tahun lepas, selepas seorang wanita mendakwa remaja perempuan itu disimbah dengan air panas dan diikat ketika berada di bawah jagaan Rumah Bonda, sebuah rumah kebajikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).



Susulan itu, pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, 30, didakwa atas dua pertuduhan mengabaikan serta mendera remaja berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara Februari dan Jun 2021.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button