Abang Viva Datang Bantu Mangsa Banjir di Kuala Pilah

Sukarelawan, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ kali ini tampil membantu mangsa banjir yang terjejas di Kuala Johol, Kuala Pilah.

Memetik laporan Kosmo, seorang penduduk yang bernama Shaik Ali Mohamed Haleem, 25, berbesar hati apabila sukarelawan terkenal itu datang membantu penduduk yang terjejas dengan banjir dengan hanya sekali ajakan sahaja.

Difahamkan, kenderaan pacuan empat rodanya tidak dapat mengharungi arus deras banjir untuk ke Kuala Johol dan dia juga tidak mengetahui bagaimana ‘Abang Viva’ boleh masuk ke kawasan berkenaan.



Alhamdulilah, syukur terima kasih. Tahu-tahu sahaja sudah sampai bagi membantu kami. Ikutkan kebiasaannya, banjir hanya berlaku di Kuala Johol, namun kali ini banjir turut berlaku di kawasan Inas.

Air makin naik, terima kasih pasukan penyelamat, penduduk dan Abang Viva yang masih lagi membantu mengeluarkan mangsa hingga ke saat ini.

Sekadar info, jejaka berusia 30 tahun itu tidak lagi menggunakan Perodua Viva, sebaliknya menggunakan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dihadiahkan seorang individu bagi memudahkan urusan kebajikan beliau.

Kisah Azwan Omar tular di media sosial apabila sanggup datang ke Selangor dari Melaka untuk menyelamatkan mangsa banjir pada Disember tahun lalu, dengan hanya berbekalkan RM50 bagi mengisi minyak kereta dan membeli makanan.



Kosmo

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button