Risau Anak Disentuh, Guna Teknik Tampal Notis Di Dahi Bayi

Menjadi lumrah dalam kalangan ibu sudah semestinya risau jika anak-anak jatuh sakit. Tambah pula dalam musim perayaan ini sudah pasti ramai dalam kalangan tetamu yang datang ke rumah ingin menyentuh dan mencium khususnya jika ada bayi di dalam rumah. Risau juga!

Oleh itu, viral di laman Tiktok apabila seorang ibu menggunakan teknik menampal notis di dahi anaknya. Notis apa tu?

RISAU ANAK DISENTUH, SI IBU GUNA TEKNIK TAMPAL NOTIS DI DAHI



Menerusi perkongsian video seorang wanita dengan nama pengguna @efadina di laman Tiktok, dia yang gusar sekiranya ramai masih tidak faham akan situasi tersebut mengambil inisiatif sendiri demi keselamatan anaknya. Dalam perkongsian itu, ibu ini yang membawa bayinya keluar berjumpa orang ramai menggunakan teknik menampal notis kecil di atas dahi bayinya.

Dalam perkongsian video yang berbeza, Efadina turut menulis pada kapsyen dan berkata, sekiranya apa-apa berlaku kepada bayinya, hanya dia seorang yang akan menanggung susah payah untuk merawat anaknya itu.

Kerana kalau bayi sakit, adakah yang mencium akan tolong jaga dan ubatkan berubat?

Jelas sekali taktik tersebut membuahkan hasil selepas orang luar yang geram melihat bayi berkenaan tidak lagi sesuka hati menyentuhnya tanpa keizinan. Tambahnya lagi, kini dia lebih yakin untuk membawa cahaya matanya itu bersiar-siar di luar.



 

 

@efadina tulisin apalagi yaa bund? 😝 || #fyp #bayi #bayitiktok #bayiviral ♬ original sound – efadina

 



 

‘IDEA BAGUS..’

Ketika artikel ditulis, perkongsian tersebut telahpun mendapat jumlah tontonan lebih 1 juta, dan 38 ribu tanda suka. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha yang diambil ibu muda tersebut. Dalam pada itu, ramai juga yang sempat berkongsikan pengalaman yang hampir sama.

Tiktok @efadina



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button