Waris Shila dicari

Hulu Selangor: Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB) sedang mengesan waris pesakit wanita yang ditemukan terbaring pada 4 Mei lalu.

Pengarah Hospital KKB, Dr Mohd Basil Sulaiman berkata, pesakit berusia lingkungan 50-an itu dimasukkan ke wad 2 hospital untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, wanita itu sebelumnya ditemukan orang awam di Selayang yang kemudian dibawa ke Hospital Selayang



“Pesakit yang hanya dikenali sebagai Shila tidak dapat berkomunikasi dengan baik.

“Sehingga hari ini, pesakit masih belum dapat memberi maklumat berkaitan dirinya bagi urusan discaj,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Dr Mohd Basil berkata, pihaknya mengharapkan waris atau orang ramai yang mengenali pesakit supaya tampil memberikan maklumat.

“Mereka boleh hadir ke Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital KKB atau menghubungi Puan Syazana Abdullah di talian 03-6064 1333 sambungan 259 atau Wad 2 Hospital KKB di talian 03-6064 133 sambungan 212,” katanya.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button