5 maut tembakan di kampus Hospital St Francis

TULSA: Lima orang maut, termasuk seorang lelaki bersenjata, manakala ramai yang cedera dalam insiden tembakan di kampus sebuah hospital di Tulsa, Oklahoma, kata polis.

Anggota polis masih berkawal di sekitar kawasan kampus Hospital St Francis, kata Jabatan Polis Tulsa di Twitter.

Kapten Richard Meulenberg memberitahu ABC, polis menerima panggilan mengenai seorang lelaki dengan senapang di tingkat dua sebuah bangunan di kampus perubatan dan ia bertukar menjadi situasi penembak aktif.



“Sejurus anggota polis tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati beberapa orang sudah ditembak. Sepasang suami isteri maut pada waktu itu.

“Kita juga menemui individu yang dipercayai penembak kerana dia membawa senapang dan pistol bersamanya,” kata Meulenberg.

Setakat ini, tidak jelas bagaimana suspek bersenjata itu meninggal dunia.



REUTERS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button