Dilengkapi ciri Hasselblad, OPPO Find X5 Pro 5G

JENAMA teknologi global, OPPO bekerjasama dengan jenama fotografi ikonik Sweden, Hasselblad bagi membangunkan teknologi kamera peneraju industri untuk siri Find X5 Pro 5G.

Dengan kerjasama ini, sistem pengimejan Find X5 Pro 5G memberi pengalaman fotografi mudah alih lebih baik setanding kamera professional kepada pengguna.

Bermula dengan penambahbaikan perisian penalaan warna semula jadi, kerjasama tiga tahun ini dapat meningkatkan penyelesaian penentukuran warna dan mewujudkan penanda aras baharu bagi prestasi warna kamera telefon pintar.



Sekali gus memberikan prestasi warna semula jadi yang konsisten untuk telefon mudah alih OPPO, merangkumi semua senario dan merentasi keseluruhan sistem kamera.

Dibangunkan bersama Hasselblad, OPPO Find X5 Pro 5G dilengkapi pelbagai ciri unik termasuk Mod XPan eksklusif membolehkan pengguna berkongsi cerita visual yang menarik dan abadi.

Dengan mod ini, pengguna dapat menghasilkan gambar format filem panoramik ultra lebar vintaj 65 x 24mm yang memberi kesan hebat seakan pengalaman menggunakan kamera klasik Hasselblad XPan asal.



Mod Xpan dengan tangkapan berwarna

Sekali gus dapat menghasilkan gambar panorama yang cukup sinematik menerusi hanya dengan sebuah peranti pintar.

Selain itu, Mod XPan eksklusif ini juga akan memaparkan mod monokrom yang mempunyai perspektif baharu sepenuhnya, namun pengguna masih boleh mengubahnya kepada mod berwarna.



Mod Xpan dengan tangkapan monokrom

Tidak hairanlah jika mod ni paling digemari oleh ramai jurugambar di seluruh dunia ketika merakam landskap, jalanan dan juga potret.

Cipta pengalaman fotografi sebenar

Dalam pada itu, Find X5 Pro 5G turut hadir dengan tiga “Hasselblad Master Styles” yang dikenali sebagai Serenity, Radiance dan Emerald, berfungsi sebagai penapis kamera berbeza yang melaras tahap dedahan cahaya secara manual mengikut kesesuaian.



Ketiga-tiganya menawarkan penghasilan semula imej yang berbeza senario seperti visual di bawah.

Penuras Emerald

Kamera setaraf DSLR



Dari segi prestasi kamera, OPPO Find X5 Pro 5G menampilkan penggunaan dua sensor 50MP IMX766 iaitu satu sensor wide yang mempunyai aperture f/1.9 yang tampil dengan sistem OIS 5-paksi setaraf kamera DSLR.

Ianya juga menempatkan bateri pengecasan pantas dan tiga kamera dengan penentukuran warna semulajadi Hasselblad yang bergantung pada sensor warna 13 saluran baharu.

Kecanggihan kamera OPPO Find X5 Pro 5G turut digabungkan dengan cipset MariSilicon X dengan fabrikasi 6nm yang dibangunkan oleh OPPO yang menjanjikan peningkatan prestasi dan kualiti imej kamera, terutamanya dalam keadaan cahaya malap untuk foto dan video setaraf kamera DSLR.

Antara ciri hebat lain, OPPO Find X5 Pro 5G dilengkapi dengan cip pemprosesan 4nm daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 1 yang menawarkan 30 peratus peningkatan prestasi dan 25 peratus lebih cekap tenaga berbanding generasi sebelum ini.



OPPO Find X5 Pro 5G turut disertakan dengan satu kapasiti RAM iaitu 12GB dan 256GB storan dalaman tanpa sokongan kad microSD.

Bagaimanapun, pengguna boleh menikmati tambahan kapasiti RAM sehingga 5GB storan dalaman sementara waktu dengan ciri premium Expansion RAM, memudahkan pengguna untuk ‘multitasking’ lebih baik dan stabil.

Secara jelasnya, telefon pintar siri Find X5 Pro 5G merupakan pilihan terbaik buat pengguna yang menggemari fotografi dengan sistem kamera OPPO cip MariSilicon X semula jadi ikonik dan profil warna tepat setanding kamera professional.

Telefon pintar siri Find X5 Pro 5G ditawarkan di Malaysia pada harga RM4,999 dan ianya sangat berbaloi berbanding peranti lain yang mempunyai prestasi yang sama.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button