Isteri arwah Abam sebak terlihat kereta suami atas jalan

Pemergian pelawak terkenal Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 sememangnya memberi tamparan hebat buat industri seni Tanah Air.

Walau bagaimanapun kemelut yang melanda ahli keluarga arwah serta balunya, Siti Nurhidayah Mohd Ali mengenai harta peninggalan allahyarham sememangnya menjadi perhatian ramai susulan kes tersebut telah dibawa ke mahkamah.

Kes berkenaan juga difahamkan telah selesai dan masing-masing telah menerusikan kehidupan sendiri.



Nampak kereta arwah suami

 

 

@hidayah_hamzah Hanya tinggal Kenangan Kereta Arwah Suami..Bila hamzah dah besar Ini la Kereta Ayah, Ayah penah cakp Kereta ini untuk keselesaan anaknya.. Doakan Bisness Ibu berjaya ❤️🥰#hanyatinggalkenangan #keretapenuhkenangan #dieyabeauty ♬ Kenangan Terindah – SAMSONS

 



Dalam perkongsian terbaru Hidayah di aplikasi TikTok miliknya, dia telah memuat naik video yang dirakam secara tidak sengaja ketika terlihat kenderaan milik arwah suaminya di lebuh raya.

“Ternampak kereta arwah suami. BNP 639. Hanya tinggal kenangan. Hamzah nanti doakan perniagaan ibu berjaya. Boleh ibu beli kereta macam arwah ayah. Ayah pernak kata untuk keselesaan anaknya,” tulisnya ringkas.

Semoga segala urusan dipermudahkan

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai terutamanya warganet yang mengikuti perkembangan kes melibatkan keluarga allahyarham Abam dan Hidayah sebelum ini.

Terdahulu, adik kepada arwah Abam yang juga bekas peserta Maharajalawak Mega ada membuat pengakuan bahawa tiada ‘job’ selama dua tahun mungkin disebabkan kes yang berlangsung di mahkamah.

Dalam pada itu, dia juga ada menyuarakan hasrat untuk kembali berbaik dengan kakak iparnya agar masing-masing kembali berdamai setelah melalui pelbagai ‘drama’ keluarga berhubung harta selepas pemergian allahyarham.



hidayahhamzah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button