Jarum 5.5 cm tusuk usus bayi

Riyadh: Pasukan Perubatan Hospital Bersalin dan Kanak-kanak Makkah, berjaya menyelamatkan nyawa seorang bayi berketurunan Amerika Syarikat yang tertelan jarum 5.5 sentimeter (cm).

Memetik Arab News, bayi berusia tujuh bulan itu datang ke negara berkenaan untuk menunaikan umrah bersama keluarganya.

Dia dalam keadaan kritikal apabila tiba di jabatan kecemasan hospital terbabit berikutan jarum berkenaan tertusuk usus dan menyebabkan lubang kecederaan.



Pasukan perubatan berkenaan mengeluarkan jarum tanpa pembedahan, walaupun kesukaran yang ditimbulkan atas faktor usia bayi dan saiz jarum.

Prosedur berjaya dan bayi itu dibenarkan keluar hospital dalam keadaan sihat.

Ketua pasukan perubatan, Dr Abdullah Al-Shanbary berkata, selepas pembedahan bayi itu dirawat dalam keadaan berpuasa selama empat hari dengan menjalani pemeriksaan dan imbasan sinar X.

Katanya, keputusan sinar X menunjukkan luka dalaman bayi itu sembuh.



Sementara itu, Pengarah Eksekutif hospital itu, Dr Hilal Al-Maliki memuji kecekapan pasukan perubatan itu dan menekankan hospital itu dilengkapi dengan peralatan terkini dan sentiasa bersedia untuk mengendalikan kes kritikal.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button