Terbongkar sikap hipokrasi Syed Saddiq
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Sebalik seorang yang mendakwa dirinya bersih dari unsur pecah amanah, rasuah, rupanya Syed Saddiq mengamalkan hipokrasi tertinggi bagi mengaburkan sifat sebenarnya selama ini.
Mahkamah dimaklumkan oleh saksi, Syed Saddiq berkata, wang berjumlah RM1 juta yang masuk ke akaun Armada Pusat adalah hasil titik peluhnya mencari sumbangan.
Oleh demikian, beliau (Syed Saddiq)berhak untuk menggunakan wang tersebut sepenuhnya.
Bekas Penolong Setiausaha Armada, Redzuan Mohamed Shafi berkata demikian semasa memberi keterangan di Mahkamah.
Syed Saddiq telah mengarahkan Redzuan bersama Rafiq Hakim (Penolong Bendahari Armada) mengeluarkan wang tunai RM1 juta dari akaun Armada Parti Bersatu.
Alasan yang digunakan Syed Saddiq, wang tersebut perlu dikeluarkan untuk digunakan bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai Ketua Armada ketika itu.
Tunai tersebut dikeluarkan pada 6 Mac 2020 dan disimpan di sebuah kediaman lain.
Seringkali Syed Saddiq menyatakan beliau merupakan individu yang menentang rasuah dalam politik. Namun apabila keterangan diberikan dalam Mahkamah, ia sama sekali bertentangan dengan apa yang kononnya diperjuangkan Syed Saddiq.
Presiden MUDA itu didakwa menyalahgunakan wang sebanyak RM120,000 (akaun Maybank Islamic Berhad) milik Armada Bumi Bersatu Enterprise. Selain itu, Syed Saddiq juga didakwa melakukan aktiviti penggubahan wang haram sebanyak RM50,000 ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya.