Gol Everaldo ‘hampir pasti’ menang Puskas
LONDON: Penyerang Brazil, Everaldo menjaringkan gol menakjubkan menerusi gaya akrobatik bersama kelab Jepun, Kashima Antlers.
Ketika aksi menentang Cerezo Osaka Rabu lalu, pasukannya ketinggalan 3-2 dan masa semakin menghampiri 90 minit.
Namun Everaldo melepaskan sepakan ‘ala basikal’ untuk mengejutkan Osaka dan memberikan pasukannya keputusan seri manakala ramai mendakwa ia pasti akan menang Anugerah Puskas selaku ‘gol tercantik’ dalam kalendar tahunan.
Selepas menerima bola jauh, dia mengawal dengan paha dan menyepak menggunakan kaki kanan.
Ketika bola itu melantun, Everaldo melompat dan meledak ke arah gawang menerusi gaya akrobatik hebat.
Bola berkenaan menghala ke arah penjuru dan melepasi penjaga gol Osaka, Kim Jin-hyeon.
Pemain berusia 31 tahun itu mewakili Gremio dan Queretaro sebelum bermain dalam J1 League pada Januari 2020.
Dia menjaringkan 19 gol dalam 61 aksi liga bersama skuad kendalian Rene Weiler.
PICK THAT OUT.
Kashima Antlers' Everaldo with a definite Puskas contender 😳pic.twitter.com/zJW9v1TPUp
— 101 Great Goals (@101greatgoals) July 7, 2022
AGENSI