Bayern Munich mahu dapatkan Harry Kane
London: Bayern Munich percaya mereka boleh menandatangani Harry Kane dari Tottenham, menurut laporan awal pagi tadi.
Gergasi Jerman itu mahu mencari penyerang tengah selepas Robert Lewandowski mahu meninggalkan kelab itu.
Lewandowski, 33, sukar digantikan tetapi Bayern dilapor sudah mempunyai perancangan dan menurut Bild, kelab itu mula mengintai peluang mendapatkan Kane dari Spurs.
Pemain berusia 28 tahun itu masih berbaki kontrak dua tahun di utara London dan tampak gembira bekerja di bawah kendalian Antonio Conte. Namun Bayern menaruh harapan dapat menandatanganinya pada musim panas akan datang.
Kontrak Kane sekarang berakhir 2024 tetapi Bayern dilaporkan yakin Pengarah Sukan, Hasan Salihamidzic boleh mendapatkan khidmat pemain England itu.
Menurut penganalisis bola sepak terkenal ltali, Fabrizio Romano, Tottenham mahu berunding dengan Kane mengenai kontrak pemain itu tidak lama lagi namun menganggap dia tidak boleh ‘disentuh’ di Spurs.
Kane kini berada di Korea Selatan untuk aksi jelajah pramusim
METRO