Kes bakal haji terkandas Reman 5 individu lanjut lagi

'Kena tipu konon...'

Kuala Lumpur : Reman lima individu yang ditahan berhubung insiden 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dilanjutkan tiga hari lagi.

Lanjutan reman itu bermula hari ini hingga 16 Julai untuk siasatan lanjut oleh Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Mereka yang berusia 30 hingga 60 tahun itu sebelum ini direman empat hari oleh Polis Kontinjen Selangor yang berakhir semalam.



Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan kebenaran reman itu semua individu itu.

Media minggu lalu melaporkan lima individu terbabit ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita, ditahan di beberapa lokasi berasingan di ibu negara pada 8 Julai lalu.

Antara yang ditahan adalah pemilik agensi pelancongan dan isterinya, seorang ejen pelancongan dan dua pekerja agensi itu.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button