Seorang rentung nahas empat kenderaan

JOHOR BAHRU: Seorang rentung dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan berhampiran Jambatan Permas Jaya, Lebuhraya EDL, Pasir Gudang Menghala Ke Bakar Batu, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Suhaimi Jamal berkata, kemalangan membabitkan tiga kereta iaitu jenis BMW, Produa Myvi dan Honda City serta sebuah van pekerja kilang jenis Nissan.

Katanya mangsa yang belum dikenal pasti identiti rentung 90 peratus ditemukan tersepit di bahagian pemandu kereta BMW.



“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis BMW terbakar 90 peratus, sebuah van pekerja kilang jenis Nissan terbakar 90 peratus, sebuah Perodua Myvi terbakar 60 peratus dan sebuah Honda City tidak terbakar akibat kemalangan jalan raya.

“PKO bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula dan air tangki pam jentera.

“PKO bertindak mengeluarkan mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Suhaimi berkata, pemandu Honda City dan Produa Myvi masing-masing lelaki berusia 34 dan 52 tahun selamat.



“Seramai 13 anggota digerakkan ke lokasi dengan bantuan BBP Johor Jaya bagi usaha memadam kebakaran,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button