Rakyat akan terima Mahathir kembali jadi PM?

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Rakyat akan terima Mahathir kembali jadi PM?



Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dijangkakan akan merasmikan ‘Gagasan Nasional’ bersama beberapa NGO esok. Gerakan ini dikatakan langkah awal untuk Mahathir kembali menjadi PM pada PRU15, namun adakah rakyat akan menerimanya semula?

Ini persoalan besar yang perlu difikirkan sekiranya beliau meminta peluang sekali lagi kononnya untuk membetulkan keadaan atau dalam bahasa mudah ‘menebus dosa’ kepada orang Melayu?

Peluang telah diberikan kepada Mahathir pada PRU14 untuk mencipta sejarah menjadi PM buat kali kedua selepas PH membuat keputusan melantik beliau ke jawatan tersebut.

Bagaimanapun, sepanjang tempoh itu, Mahathir hanya fokus untuk mendakwa beberapa individu atas kesalahan mengikut tafsirannya sendiri (tuduh dahulu, dakwa kemudian).



Beliau juga tidak menumpukan pembangunan ekonomi negara sebaliknya memilih untuk terus meminjam dari luar negara (Bon Samurai) dengan alasan untuk membiayai bayaran 1MDB.

Semua pihak tahu, Pakatan Harapan telah membuat kutipan derma dari rakyat kononnya untuk membayar hutang negara. Kemana wang tersebut disalurkan? Beliau sendiri menganjurkan supaya rakyat mengikat perut bagi membantu kerajaan ketika itu.

Untuk kembali menjadi PM, Mahathir memerlukan sokongan yang cukup kuat tetapi dalam masa sekarang nampaknya beliau tidak mempunyai kekuatan tersebut.

Mahathir tidak akan mengakui kesilapannya kecuali apabila beliau mahu membuat satu langkah memanjangkan karier beliau dalam politik.



Rakyat akan terima Mahathir kembali jadi PM?

Drama ‘airmata’ yang digunapakai Mahathir kini sudah tidak laku kepada rakyat selepas menyaksikan kegagalan beliau sebagai PM Ke-7.

Untuk kembali mencari perhatian serta sokongan, kini Mahathir mencuba nasib dengan mengheret NGO agar bersamanya dengan menggunakan alasan ‘Demi Melayu’.

Cukuplah Mahathir menggunakan nama Melayu untuk meraih sokongan dan sudah hampir masanya untuk beliau menimbangkan masa bersara. 



Beliau sudah cukup menyusahkan rakyat selama 22 bulan PH memerintah dengan serba-serbi menekan kehidupan rakyat bersama sekutunya termasuk PPBM.

Apa lagi yang Mahathir cari dalam dunia politik?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button