Hanya UMNO/BN Mampu Mentadbir – Shahrir Samad

BN Lantik Setiausaha Agung Baru
BARISAN NASIONAL

KUALA LUMPUR – UMNO/Barisan Nasional(BN) meletakkan para pemimpin yang sudah semestinya mampu untuk mentadbir ditambah pula berbekalkan pengalaman selama lebih 60 tahun memerintah negara.

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad berpendapat, selain itu sudah terbukti UMNO/BN berupaya membawa dasar-dasar yang terbaik untuk negara dan masih dilaksanakan sehingga kini.

“Sampai sekarang dasar-dasar Najib Tun Razak (Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak – Perdana Menteri Keenam) untuk kerajaan BN masih terpakai. Tak boleh nak dibuang. Macam dasar B40, M40, itu semua dasar Datuk Najib. Tapi mana dia (Pakatan Harapan) berani buang. Dia nak buat ini untuk B40, buat itu untuk M40, T20, itu yang menjadi perubahan daripada dasar yang dituduh sebagai race-based.



“Bila beralih kepada dasar yang mana ianya berasaskan kepada pendapatan, kedudukan ekonomi, sosioekonomi, itu yang dia patut sahut. Patutnya pasal sekarang bukan lagi soal Melayu, India, Cina ke tak. Hanya soal awak punya pendapatan. Kedudukan sosioekonomi. Jadi perubahan itu mesti disambut.

“Tapi dia taknak mengaku yang dia pakai (dasar tersebut) sampai sekarang. Pasal dia mengaku itu satu transformasi yang paling mustahak bagi negara beralih daripada apa yang dituduh sebagai dasar perkauman, kepada dasar berasaskan kepada keperluan,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Felda turut berkata, Pakatan Harapan (PH) tidak tahu untuk mentadbir kerajaan persekutuan kerana mereka tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan negara.

“Bila yang tak pernah jadi kerajaan diberikan kuasa, diberikan kedudukan dia tak tahu macam mana nak mengurus tadbir. Orang dah mengaku semua, mengaku bahawa sebenarnya mereka tak reti nak urus tadbir. Setakat sikit bolehlah.



“Kau boleh tadbir Selangor, kau boleh tadbir Penang, tapi apabila sampai ke peringkat negara, peringkat kebangsaan, tak reti. Masuk-masuk, oh negara dah bankrap. Padahal habis dia tarah. Yang Petronas duit punya banyak. Kononnya kita dah miskin, kita dah bankrap.

“Sampai sekarang, itulah dia punya propaganda. Tapi problem dia, dia percaya pada propaganda dia. Pemimpin UMNO ni semua koruplah, rasuahlah. Patutnya dia dah menang, dia mesti tadbir urus negara dan dia tak reti macam mana nak uruskan negara,” katanya.

Menurut Shahrir lagi, PH turut membatalkan satu dasar yang dibuat oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) semasa zaman pemerintahan mereka serta menuduh kerajaan UMNO/BN tidak menghargai meritokrasi.

“Bila PH masuk jadi kerajaan, dia batalkan satu dasar PTPTN, mana yang cemerlang tak payah bayar hutang. Itu kan mengiktirafkan meritokrasi. Orang yang berjaya, cemerlang, dia dapat tak payah bayar hutang.



“Tapi kau kata UMNO tak menghargai meritokrasi. Mengapa engkau pula yang batalkan satu yang berasaskan kepada meritokrasi, yang mendokong meritokrasi? Anak-anak kita yang pandai dapat kelas pertama, kepujian kelas pertama tak payah bayar balik hutang. Bukan itu yang maksudnya meritokrasi?

“PTPTN ni pun terbuka kepada semua. Bukan hanya orang melayu yang kononnya UMNO ni perkauman… tak… terbuka pada semua. Jadi ini yang kita kena betul-betul reset balik dan terangkan balik. Nasib baik la sebab dia buat janji-janji yang bukan-bukan. “Selepas kita menang, kita akan hapuskan hutang PTPTN”, dia bohong orang. Propaganda buat, cakap macam-macam, tapi bila ada kuasa tak reti,” katanya lagi.

Shahrir merupakan bekas Ahli Parlimen Johor Bahru selama enam penggal sejak Pilihan Raya Umum ke-8 (PRU-8) pada tahun 1978 sebelum tewas kepada seterunya, Akmal Nasrullah dari PKR pada PRU-14.

UMNO Online



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button