Lewandowski mula kumpul trofi Barcelona

BARCELONA: Robert Lewandowski menjaringkan gol pertamanya untuk Barcelona ketika kemenangan 6-0 ke atas kelab Mexico, Pumas pada pertembungan pra-musim Trofi Joan Gamper.

Pada penampilan sulung di Camp Nou itu, penyerang Poland yang baru berpindah dari Bayern Munich, membuka jaringan selepas tiga minit dari sudut sukar.

Pedri meledak gol kedua dan keempat pada minit kelima dan 19, di antaranya jaringan oleh Ousmane Dembele.



Pierre-Emerick Aubameyang dan Frenkie de Jong melengkapkan kemenangan di babak kedua.

Lewandowski turut memainkan peranan untuk gol kedua Pedri dengan melakukan hantaran untuk pemain tengah itu.

Barcelona memulakan kempen La Liga di laman sendiri menentang Rayo Vallecano Sabtu ini.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading