“Sudah sampai ke belum bang?”

Oleh – Fatema Hatemtai

"Sudah sampai ke belum bang?"

Usop naik bas seorang diri ke Kelantan. Sepanjang Perjalanan Usop kerap bertanya Pemandu Bas Sampai Ke Belum, Apa Yg Terjadi Bila Dah Sampai Buat Pemandu Bas Ini Tergamam.

Dihantar ibunya, seorang kanak-kanak bernama Usop telah pulang sendirian dengan menaiki bas daripada terminal TBS untuk kembali kepada neneknya di Kelantan sempena cuti tahun baru cina beberapa hari lagi

Setelah bas bergerak tidak jauh dari Terminal bas TBS, KL, Usop yg duduk di kerusi belakang, bangun dan menghampiri pemandu bas lalu berpesan,

”Abang, nanti kalau sampai Tanah Merah, bagitau ye”,

”OK” jawab pemandu ba̲s.

Tidak berapa lama, Usop menghampiri pemandu ba̷s lagi dan bertanya,

”Bang, dah sampai Tanah Merah ke?”,

”Belum, adik duduk dulu, nanti abang bagitau”.

Tidak lama selepas itu, Usop menghampiri lagi pemandu bas tadi,

”Bang, dah sampai belum?”,

”Belum lagi dik”.

Semua penumpang berasa tidak senang dengan Usop kerana sikapnya itu.

Kemudian Usop datang lagi dan bertanya

”Dah sampai ke bang?”,

”belum dik, jauh lagi..” jawab pemandu ba̶s dengan nada yang agak ger𝔞m.

Kemudian Usop datang lagi dan bertanya

”Sampai tak lagi bang?”,

”Aku cakap belum! Belum la! Ko duduk je, nanti sampai aku bagitau la!”, pemandu b𝚊s ger𝔞m.

Usop pun kembali semula ke kerusinya.

Semua penumpang turut marah dengan sikap nya itu. Usop diam, dan dia pun tertidur. semua orang merasa sedikit tenang.

Setelah beberapa jam perjalanan, tanpa disedari, b𝘢s telah pun melepasi Tanah Merah.

Ketika hendak memasuki Kota Bharu, pemandu bąs tadi baru teringatkan hasrat Usop.

Usop masih tidak sedar dari tidurnya.

Semua orang merasa kasihan dengan Usop. Pemandu bas berbincang dengan penumpang, samada hendak pusing semula ke Tanah Merah atau terus ke Kota Bharu.

Selesai berbincang, mereka semua sepakat untuk pusing semula ke Tanah Merah kerana kasihankan Usop.

AKHIRNYA….TERBONGKAR MENGAPA USOP KERAP BERTANYA MENGENAI TANAH MERAH

"Sudah sampai ke belum bang?"

Setelah sampai di Tanah Merah, pemandu bas terus mendekati dan mengejutkan Usop dengan perasaan simpati,

”Dik bangun, dah sampai dah Tanah Merah”,

”Oh, ye ke? Terima kasih bang”

Kemudian, Usop segera membuka beg nya dan mengeluarkan sesuatu.

Dengan penuh hairan, pemandu b𝖆s bertanya,

”Adik tak nak turun ke?”,

Dengan selamba Usop berkata,

”Tak lah, rumah nenek saya kat Kota Bharu. Cuma mak ade pesan, kalau sampai Tanah Merah nanti, makan nasi yang mak bagi ni, takut nanti s𝔞kit perut pulak”.

Pemandu b𝔞s : Astaghfirullah astaghfirullah..astaghfirullah…



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button