KPT, SPR tubuh jawatankuasa fokus Undi 18

 

 

Oleh Azrin Muhamad



 

 

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan Jawatankuasa Program Memperkasakan Pendidikan Pengundi Mahasiswa yang memberi fokus kepada pengundi kali pertama.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, program berkenaan akan menyediakan pelaksanaan program pendidikan pengundi muda yang dianggotai wakil-wakil Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dari 20 buah universiti awam (UA), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Akademi Pilihan Raya dan SPR.



“Kementerian komited untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada mahasiswa agar cakna dengan sistem demokrasi, pilihan raya dan politik negara melalui pelbagai program libat urus bersama mahasiswa.

“Antara tarikan yang ada ialah Pengenalan Asas Kesedaran Mengundi Kepada Pelajar Baharu IPT, Penerbitan dan Hebahan Digital Berkaitan Pendidikan Pengundi, APR Associate Trainer (AAT)/Training of Trainers (ToT) serta Pendedahan Terhadap Simulasi Sebenar Pilihan Raya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Terdahulu, Noraini dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Saleh menjadi saksi dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Nota Kerjasama antara UA, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah KPT dan Akademi Pilihan Raya mewakili SPR di Dewan Za’ba, Bangunan KPT, Putrajaya.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button