Kenyataan ‘makan diri’ Muhyiddin

Berita yang mencetuskan perdebatan netizen di ruangan komen.

Lily Jasmine

 



“PERJUANGAN saya dan rakyat Malaysia menentang rasuah akhirnya terjawab di Mahkamah Persekutuan semalam,” kata bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sebuah akhbar dalam talian hari ini.

Kenyataan itu seperti backfire kepada dirinya yang kononnya bersih dan suci daripada kes rasuah, sedangkan fakta menunjukkan sebaliknya.

Berita bertajuk Perjuangan saya akhirnya terjawab – Muhyiddin setakat pukul 2.11 petang hari ini menerima sebanyak 2,600 komen.

Tinjauan penulis mendapati kebanyakan komen tidak menyokong apa yang dilakukannya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak yang disabitkan kesalahan rasuah SRC International di Mahkamah Persekutuan semalam.



Rata-rata komen mempersendakan dan mentertawakan kenyataan Muhyiddin yang didakwa turut terbabit dengan kes rasuah dan lebih teruk, ada komen membongkar semula hubungan sulit beliau dengan isteri orang.

Jom kita paparkan antara komen melibatkan kes rasuah Muhyiddin, hubungan sulit dengan Nika Gee Siew Yee dan lain-lain komen yang menyentuh isu berkaitan Najib.

KOMEN RASUAH
Antara komen yang menghangatkan semula kes-kes rasuah melibatkan Muhyiddin:

1. Farish Fadzly ketika menjawab komen Khairulnizam Ruslan: kes dia pon bnyk..bestari net, dnb,ytl n 600 bilion duit negara digunakan waktu dia jadi pm lalui pandemik tanpa semak n imbang di Parlimen n bnyk lgi…ni semua akan disiasat



2. Safie Mohamad: Midin punya kes pun banyak..cuma giliran belum sampai…

3. Nazmi Razak: “Muydin jangan gelak sangat, mesti tahu berkenaan UKSB kan?

4. Ahmad Nazim: Di Pagoh boleh happy2 sekarang. Tunggu turn ye. 1bestari? Hitech? Kastam? Dnb? Fuhhh byk jugak.

5. Uji Ismail: Ko sendiri pun ada kes rasuah, jangan berlagak sombonglah midin. Tunggu bila BN memerintah nanti, tau lah nasib ko…



6. Rohaya Ahmad: Macam ko tak main rasuah.

7. Liza Deqja: Haha piirah. Kes ada pun kasi tutup. Kasi gugur buat ape.

8. Nahar Tajri: Jangan berlagak suci la Tan Sri.

9. Ib Hussin: perjuangan? Kau sendiri pun tak betul



10. Norlila Mat Diah: Dia ni suci yg amat…satu sen rasuah pun dia tak ambik.

SKANDAL ISTERI ORANG
Antara komen yang membongkar semula skandal dengan isteri orang yang berakhir dengan perceraian wanita tersebut bersama suaminya, Stanley Clement Agustin pada 6 September 2016.

1. Itania Rania: porahhh..jangan lupa kat nyonya.

2. Ismail Mydin ketika mengulas komen Idzham Syafiq: kes dgn nyonya cina



3. Idzham Syafiq menjawab: hahahaha..sila rujuk ke Jabatan Agama Islam kalo mcm tu…susah suh je dia kawin dgn amoi tu

4. Fadzli FcBayern: Semoga Nika Ghee & Jemaah katak islam semalaysia serta Nazlan serta Zeti sekeluarga..tak lupa atok akan mendapat ‘rahmat’ dariNYA…Amin

Selain itu, ada juga komen yang menulis bahawa perjuangan Muhyiddin adalah hanya untuk menjatuhkan Najib.

1. Nurul Atikah Halimi: Perjuangan memang nak jatuhkan najib je la?Semoga sentiasa mimpi indah lepas ni

2. Don Mahathir: Perjuangan saya utk kenakan musuh politik saya sudah berjaya?

3. Kartini Mohd Noor: Wah hebat perjuangan dio. Kita tunggu giliran sapa lepas ni. Dia selamat di belakang org tua tu…dayus sungguh

4. Harisbank Abdullah: oooo rupanya perjuangan midin utk memasukkan najib ke penjara, bukan utk mengatasi masalah rakyat

5. Khairul Musa: Perjuangan APA benda Kau bawak midin??? Masa PKP aritu, sapa yang perjuangkan pengeluaran kwsp? Najib Razak…Kau masa tu dengan Menteri kau bagi 1001 alasan…Selepas Najib rungkai 1 per 1, baru la Lulus…Jadi apa Faedah Yang kau bawak din???Takde apa pun!

 

Antara komen netizen mengulas ‘perjuangan’ Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Pada 10 Mei 2018, Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan dan melantik Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri bermula 21 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020.

Ekoran kejutan yang dilakukan Tun Mahathir Mohamad yang meletak jawatan sebagai perdana menteri, Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri berkuatkuasa 29 Februari 2020 sehingga 16 Ogos 2021 (17 bulan, 2 minggu dan 1 hari) dan sepanjang tempoh singkat itu, beliau dilaporkan terjebak dengan kes rasuah 1BestariNet.

Pada 7 September 2021, Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago (DAP) mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penglibatan Muhyiddin yang didakwa ada kaitan dengan YTL Communications Sdn Bhd, khasnya berhubung projek 1BestariNet. SPRM digesa menjalankan siasatan kegagalan projek runding terus 1BestariNet yang bernilai RM663 juta yang diluluskan Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan ketika itu.

Sementara itu, kes rasuah lain melibatkan Muhyiddin seperti yang dilaporkan BH Online bertarikh 17 Jun 2022 menyebut Muhyiddin turut menerima sumbangan dana politik RM1.3 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) pada 2018.

Pendedahan itu dibuat ketika perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, bekas Pengurus Pentadbiran UKSB,David Tan Siong Sun,47, berkata, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menerima sumbangan wang tunai RM300,00 pada 4 Jun 2018; RM500,000 (4 Julai 2018) dan RM500,000 (23 Ogos 2018) berdasarkan buku lejar syarikat itu.

Walaupun jelas dinyatakan nama beliau sebagai penerima dana tersebut, Muhyiddin menafikannya kerana dalam tempoh itu, katanya beliau sedang menjalani pembedahan kanser dan mengambil cuti beberapa bulan untuk rawatan lanjut.

Tidak setakat kes rasuah, Muhyiddin turut dikaitkan dengan skandal dengan isteri orang sepertimana laporan BH Online bertarikh 20 Februari 2017 yang mendedahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) memulakan siasatan berhubung dakwaan Muhyiddin menjalin hubungan sulit dengan Nika Gee Siew Yee.

Kes itu mendapat perhatian selepas blogger, Raja Petra Kamaruddin pada Jun 2016 menyiarkan dokumen Akuan Bersumpah (SD) seorang lelaki, Stanley Clement Agustin yang mendakwa wujud hubungan sulit di antara isterinya dengan seorang ahli politik yang ketika itu memegang jawatan Menteri Besar Johor.

Dokumen itu disiarkan dalam blog Raja Petra, Malaysia Today.
Laporan Malaysia Kini pada 6 September 2016 menyebut prosiding perceraian antara Stanley dan isterinya berakhir dengan pembubaran rasmi perkahwinan mereka pada 6 September 2016 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button