Tiga pelajar ditembak selepas BMW terbabit kemalangan

Bangkok: Tiga pelajar maut ditembak, manakala motosikal mereka dibakar selepas kemalangan membabitkan sebuah kereta BMW di Khao Phanom, di wilayah Krabi, pada awal pagi Selasa.

Bangkok Post melaporkan, suspek lelaki berusia 42 tahun kemudiannya ditahan selepas polis mengepung sebuah kedai tayar kereta di Tamron Phru Tiew, Khao Phanom.

Polis mendapati BMW berwarna hitam dengan nombor plat Bangkok itu didapati diletakkan di dalam garaj rumah kedai terbabit .



Cermin depan pada bahagian pemandu didapati berkecai.

Terdahulu, pihak berkuasa menerima laporan tentang insiden tembakan di Jalan Khao Phanom-Thung Yai, dekat daerah Khao Phanom, pada 1.29 pagi, Selasa lalu .

Susulan insiden itu, polis dan anggota penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi kejadian, mereka menemui tiga remaja pelajar terdiri daripada lelaki dan dua perempuan, terbaring dalam keadaan tidak bernyawa di atas rumput di tepi jalan,



Mangsa ditemukan dengan kesan tembakan.

Turut ditemukan adalah sebuah motosikal yang terbakar berada di atas jalan raya.

Remaja lelaki yang maut itu dikenal pasti sebagai Nonthaphan, manakala mangsa perempuan adalah Natnicha dan Panthira.

Semua mangsa berusia 18 tahun dan pelajar di sebuah sekolah menengah di Khao, daerah Phanom.



Nonthaphan ditembak pada bahagian muka dan dua remaja perempuan berkenaan ditembak di bahagian belakang.

Berdasarkan laporan media tempatan, BMW milik suspek terbabit kemalangan dengan motosikal dinaiki remaja terbabit.

Selepas perlanggaran, suspek keluar dari kenderaannya lalu menembak remaja berkenaan.

Kes itu masih dalam siasatan.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button