Air pasang besar diramal berlaku September hingga Disember

SHAH ALAM: Penduduk daerah Klang disarankan berwaspada dengan fenomena air pasang besar dan Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku mulai September hingga Disember ini.

Menurut Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, fenomena itu boleh membawa risiko banjir dan runtuhan ban.

“Pada September ini, paras air laut tertinggi di Stesen Pelabuhan Klang dijangka berlaku pada 12 September iaitu 5.5 meter (m) pada jam 7.18 pagi



“Pada 11, 13 dan 28 September pula pada paras 5.4m sekitar jam 6.42 pagi hingga 7.49 pagi manakala 4, 27 dan 29 September, paras air laut pada 5.3m sekitar jam 6.52 pagi hingga 8.16 pagi,” menurut kenyataan itu di Facebook rasminya.

Sehubungan itu katanya, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang (JPBD) mengingatkan semua warga Klang untuk sentiasa peka dan cakna dengan keadaan semasa alam sekeliling.

“Sentiasa mendapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dan arahan lanjut pihak agensi kerajaan bertanggungjawab.

“Sekiranya terdapat laporan berhubung kejadian bencana warga Klang boleh menghubungi talian kecemasan seperti PDT Klang di talian 010-8691067 atau 03-33716700.



“Bilik Gerakan Bencana Daerah Klang akan turut dibuka mulai esok,” katanya.

Pada masa sama, penduduk digalakkan sentiasa bersedia dengan satu beg kecemasan bencana (ready2go) di rumah.

“Sepanjang tempoh ini, penduduk dinasihatkan bersedia dengan beg khas dengan meletakkan barang seperti dokumen penting, wang tunai, air mineral, kit perubatan, kit kebersihan, tuala, pakaian, telefon bimbit,” katanya.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button