Noraini ziarah Ketua Puteri

(Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad (tengah) bertanya khabar Datuk Zahida Zarik Khan (dua dari kanan) di kediamannya di Kuala Lumpur, baru-baru ini)

Oleh Rohana Man

KUALA LUMPUR – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad meluangkan masa bertemu dan bertanya khabar Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan yang baru kehilangan suami tercinta, Datuk Mansor Che Mat pada 20 Ogos lalu.



Melalui hantaran di laman Facebooknya hari ini, Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO singgah ke kediaman Zahida sebaik sahaja selesai majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) yang diadakan di Stadium Titiwangsa pada Sabtu lalu.

Zahida yang juga Ketua Puteri BN menerima ucapan takziah daripada pelbagai pihak termasuk kepimpinan BN, Wanita, Puteri dan Pemuda.

Dalam hantaran di Facebooknya, Noraini berkata, sebaik selesai Pelancaran Jentera Pemuda BN semalam (17 September), beliau berkesempatan menziarahi Datuk Zahida.

“Salam takziah Datuk. Bersabar. Semoga roh suami Datuk dicucuri rahmat dan digolongkan bersama orang-orang yang beriman,” katanya.



Sementara itu, Noraini ketika mengulas penganjuran majlis pelancaran Jentera Pemuda BN dalam laman Facebooknya pula berkata, beliau kagum melihat semangat Lautan Biru Pemuda BN sepanjang majlis berlangsung di Stadium Titiwangsa.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan Pemuda BN dan akar umbi Pemuda yang berjaya menarik lebih 10,000 kehadiran dari seluruh negara.

“Dengan semangat dan perpaduan yang ditunjukkan ini, Pemuda BN telah membuktikan kesediaan mereka untuk menggempur Pilihan Raya Ke-15 (PRU-15) bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional,”ujarnya dalam hantaran tersebut.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button